Adakah anda rasakan hidup ini penuh keceriaan ataupun sebaliknya diselubungi kesedihan? Ceriakan hidup anda dengan warna-warna kegembiraan kerana kesedihan akan merosakkan hari-hari anda. Walau bagaimanapun, setiap insan di muka bumi ini telah diciptakan mempunyai perasaan sedih. Namun begitu terdapat segelintir individu yang jarang berasa sedih tetapi kebanyakan remaja akan mengalami kesedihan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Selalunya perasaan sedih ini akan hilang dalam masa satu hingga dua hari tapi bukan dalam jangka masa yang panjang. Sebab mengapa kita harus berasa sedih akan dibincangkan dalam keluaran kali iaitu kesedihan dalam bahagian pertama.
Adakah anda faham apakah yang dikatakan kesedihan? Kesedihan didefinisikan sebagai perasaan yang wujud di dalam hati individu apabila sesuatu perkara yang tidak diingini telah berlaku terutamanya perkara buruk yang menyebabkan anda berasa dukacita, hampa, tertekan dan akan mempengaruhi tingkah laku yang normal. Sedih merupakan perasaan yang wujud daripada emosi seseorang. Kita akan berasa sedih apabila kehilangan sesuatu yang amat berharga dan apabila berlaku sesuatu perkara yang memilukan hati kita atau orang lain.
Berikut disenaraikan beberapa sebab mengapa anda harus berasa sedih.
/div>
Kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih kerap berasa sedih berbanding pelajar lelaki. Ini kerana pelajar lelaki seringkali tidak mengakui perasaan mereka, memendam perasaan atau menunjukkannya dalam perasaan agresif.
- Peristiwa-peristiwa yang menekankan
Peristiwa hidup adalah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kesedihan. Sememangnya normal untuk berasa sedih setelah sesuatu peristiwa yang menyedihkan berlaku. Tetapi anda perlulah menenangkan fikiran dan menerimanya. Contoh peristiwa yang menekankan adalah seperti kehilangan yang serius atau tekanan seperti kematian orang yang disayangi, perceraian, gagal peperiksaan dan sebagainya.
- Kekurangan sokongan sosial
Jika anda seorang diri dan terasing secara sosial, mempunyai masalah yang banyak dan mempunyai ketahanan fizikal yang lemah, maka anda lebih mudah mendapat kesedihan. Contohnya, seorang pelajar baru yang mendaftarkan diri berasa sedih kerana sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru serta kurang sokongan daripada rakan sekolah dan guru-gurunya.
- Keperibadian
Setiap individu boleh menjadi sedih disebabkan keadaan-keadaan yang tertentu. Walau bagaimanapun, kita lebih mudah berasa sedih disebabkan oleh faktor keperibadian atau pengalaman lampau yang pernah kita alami.
- Perbezaan jantina
Kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih kerap berasa sedih berbanding pelajar lelaki. Ini kerana pelajar lelaki seringkali tidak mengakui perasaan mereka, memendam perasaan atau menunjukkannya dalam perasaan agresif.
Selain itu mungkin juga apa yang dihajati tidak dapat kita miliki misalnya apabila anda meminati seseorang tapi anda tidak berjaya memilikinya. Ini menyebabkan anda akan rasa sedih kerana anda menganggap diri anda tidak bernilai buatnya. Perasaan sedih juga menyebabkan anda akan menangis dan kadang-kala ianya sukar untuk dihentikan. Namun menangis adalah salah satu cara untuk mengurangkan rasa sedih malahan ia dapat memberi lebih keselesaan dan kepuasaan kepada diri anda. Apabila kesedihan tersebut lenyap, anda akan merasakan seolah-olah satu bebanan besar yang selama ini anda tanggung telah hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan