Khamis, 19 Mei 2011

CERPEN HARI GURU (Terima Kasih Cikgu)


Di suatu subuh yang hening, seorang kanak-kanak meraung kesakitan. Susuk tubuhnya yang kurus kering dipenuhi dengan kesan calar-balar hampir di seluruh tubuhnya. Kehidupan Syafikah bertambah kusam setelah pemergian ibunya yang tercinta. Penderitaan ini berterusan apabila bapanya telah mengahwini seorang janda beranak satu yang lebih mementingkan anaknya berbanding dirinya. Tidak lama selepas itu, bapanya pula meninggalkannya akibat kemalangan jalanraya. Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah kehidupan Syafikah kini.


“Aduh, sakitnya….Apalah malangnya nasibku ini….Sudahlah ibu pergi meninggalkanku, ibu tiriku pula memperlakukan aku seperti haiwan…..” rintih Syafikah dalam kesedihan.
Bunyi kokokan ayam jantan bergegak gempita memecah kesunyian subuh yang bening itu. Syafikah mengesot-ngesot dalam kesakitan untuk bangun daripada tilam usang tempat perbaringannya. Dia perlu segera menyelesaikan tugasnya sebelum ke sekolah. Jika tidak, dia pasti tidak dapat hadir ke sekolah sebelum deringan loceng berbunyi.
“Syafikah, Syafikah…. mana sarapan ni…..cepat sikit…nanti aku lambat ke tempat kerja! Kalau kau lambat, jangan harap kau ke sekolah lagi…..Apa yang kau buat ni…lambat….terhegeh-hegeh…Nah, rasakan kau!” Tanpa disedarinya sebuah rotan yang hampir pecah hinggap ditangannya. Syafikah mengerang kesakitan. Mira , adik tiri tiri Syafikah yang berusia dua tahun sedang menghabiskan sisa botol susu yang masih berbaki.

Dalam keadaan tubuhnya yang lemah dan kakinya yang terketar-ketar Syafikah menggagahi jua langkahnya agar tidak lambat ke sekolah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 7.45 pagi. Semakin lambat terasa ayunan kakinya melangkah ditambah pula dengan kesakitan yang membelenggung jiwa. Akhirnya Syafikah tiba di ambang pintu kelasnya. Akibat kesakitan yang tidak terperi, akhirnya Syafikah tersunggur di hadapan pintu kelasnya. Semua murid-murid di kelas 6 Anggerik berlari ke arahnya. Cikgu Anita yang sedang menulis di papan hitam tergamam apabila terdengar bunyi dentuman di muka pintu kelasnya.


Cikgu Anita segera mendapatkan Syafikah. Tubuh Syafikah yang bermaya itu segera diangkat. Kawan karib Syafikah iaitu Nadia segera berlari menuju ke bilik air untuk mendapatkan sedikit air. Kelopak mata Syafikah yang lebam itu mula menguak lebar sedikit demi sedikit setelah direnjis dengan beberapa titik air. Nadia segera mendapatkan air minuman di dalam beg sekolah Syafikah lalu menghulurkannya kepada Cikgu Anita. Bibir Syafikah yang pucat lesi cuba meneguk beberapa teguk air minuman yang diberikan oleh Cikgu Anita.
“Terima kasih cikgu, terima kasih Nadia…..” Syafikah mula bersuara lemah sambil memandang ke arah Cikgu Anita dan Nadia. Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala di atas kata-kata Syafikah itu.
“Syafikah, kamu berehatlah dulu. Badan kamu terlalu lemah. Nanti cikgu hantar kamu pulang ke rumah ye…”

Cikgu Anita memandang Syafikah dengan penuh kesayuan. Dia tidak mahu menambahkan lagi bebanan fikiran Syafikah yang jelas terpancar di wajahnya. Biarlah Syafikah berehat dahulu sebelum dia mengajukan beberapa persoalan yang membelenggu benaknya semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Syafikah yang merupakan murid harapan sekolah mula menunjukkan kemerosotannya setelah kematian ibu dan disusuli pula pemergian ayahnya yang tersayang. Cikgu Anita tahu betapa berat mata yang memandang pastinya lebih berat lagi bahu yang memikul.

Cikgu Anita membawa Syafikah pulang ke rumah dengan menaiki kereta yang dipandunya. Sebelum itu, dia mengajak Syafikah singgah di sebuah warung untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Tentunya Syafikah tidak memperolehi zat makanan yang seimbang memandangkan wajahnya yang pucat dan tubuhnya yang tidak bermaya. Sambil itu, mereka berbual-bual Cikgu Anita mula bersuara,
“Cikgu lihat sejak kebelakangan ini, kamu seringkali lewat ke sekolah. Kamu mesti ingat Syafikah yang kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kamu adalah murid harapan sekolah ini. Cikgu tidak mahu kamu menghancurkan harapan pihak sekolah yang telah tergalas di bahu kamu. Wajah kamu juga pucat lesi tidak seceria dulu. Cikgu tahu kamu telah kehilangan kedua-dua insan yang kamu sayangi. Tapi kamu mestilah merelakan pemergian mereka. Allah lebih menyayangi mereka berdua’.
Kata-kata yang tulus ikhlas yang lahir daripada hati nurani Cikgu Anita benar-benar merentap tangkai hati Syafikah. Titisan manik-manik halus mula menyimbahi pipinya yang cengkung itu. Bibirnya yang merekah mula memuntahkan kata-kata.
“Cikgu, saya memang berhasrat untuk memenuhi impian arwah kedua-dua ibu bapa saya. Saya juga berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini. Tapi itu hanyalah tinggal impian yang tidak mungkin terlaksana umpama mimpi di malam hari. Apabila saya bangun, mimpi itu hanyalah tinggal mimpi sahaja. Apalah maknanya sebuah kejayaan andainya tidak dapat dikecapi bersama orang-orang yang saya sayang, cikgu.”
Cikgu Anita segera memintas kata-kata Syafikah yang semakin kecewa dan patah harapan. Dia tidak mahu anak didiknya terus hanyut dalam kekecewaan. Syafikah masih terlalu mentah dan muda untuk mengharungi kehidupan. Perjalanan hidupnya masih terlalu panjang. Dia perlu berubah demi mencapai kejayaan yang diimpikan agar kejayaan itu berada di dalam genggamannya. Hanya melalui kejayaan seseorang itu boleh mengubah nasib mereka suatu hari nanti.
“Syafikah, kamu perlu ingat yang kamu tidak berseorangan. Kamu masih dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi kamu. Kamu masih ada guru-guru dan rakan-rakan yang mengharapkan kejayaan kamu.”
Syafikah terdiam. Dia termenung sambil memikirkan kata-kata Cikgu Anita itu. Tiba-tiba Syafikah teringatkan wajah ibu tirinya yang garang. Dia segera melihat jam di tangannya. Wajahnya bertukar menjadi pucat lesi…..
“Alamak dah dekat pukul 3 petang ni!…..makan tengah hari belum disediakan lagi. Kain baju belum dibasuh, rumah perlu dikemas. Matilah aku jika mak cik balik sekejap lagi. Abis aku digulainya…..”

Syafikah bersuara gusar di dalam hatinya. Kegusaran itu jelas terpancar di wajah Syafikah. Cikgu Anita yang menyedarinya perubahan di wajah Syafikah mula bersuara….
“Kenapa Syafikah? Kamu tak suka keluar makan dengan saya atau kata-kata saya tadi menyinggung perasaan kamu?”
“Tidak, cikgu. Cikgu telah banyak memberikan kata-kata nasihat kepada saya. Saya amat menghargai niat ikhlas cikgu ini. Tapi cikgu, saya perlu segera pulang ke rumah. Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Maafkan saya, cikgu”.
Kereta Honda Sivic berwarna hitam itu dipecut laju oleh Cikgu Anita. Malangnya apabila tiba di pintu rumah Syafikah, ibu tirinya sudah terpancul di muka pintu dengan muka yang bengis sambil mencekakkan pinggangnya. Tanpa menghiraukan kehadiran Cikgu Anita, ibu tiri Syafikah terus memekik bagai singa lapar ke arahnya…..
“Syafikah, kamu ni memang anak yang tak kenang diuntung…..ke mana kamu pergi ha? Dah pukul berapa sekarang? Makan tengah hari belum dimasak, baju belum dibasuh…rumah berselerak…..kamu nak jadi apa hah? Kamu mesti ingat yang aku yang tanggung makan minum kamu selama ini. Kalau tak kerana aku kau mati kebuluran!”
Cikgu Anita mula naik berang apabila mendengar kata-kata Puan Marini iaitu ibu tiri Syafikah. Dia mula bersuara…..
“ Puan, saya bukan bertujuan untuk masuk campur dalam urusan keluarga puan. Tapi anak-anak bukanlah hamba untuk kita lakukan sesuka hati. Mereka juga mempunyai hak untuk hidup dengan ceria dan bahagia. Tambahan pula, Syafikah akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Puan perlulah menjaga hati dan perasaan dia.”
“Syafikah, kamu dah pandai ye sekarang. Mengadu domba keluarga kita kepada orang lain. Kamu memang tak kenang budi. Kalau bukan aku yang bela kamu pasti kamu merempat di tepi jalan. Kamu ingat dengan belajar bersungguh-sungguh aku akan hantar kamu ke sekolah yang lebih baik. Jangan mimpi la. Tahun depan kamu duduk saja di rumah. Uruskan rumah ni!.”
“ Puan tak boleh bersikap kejam kepada Syafikah begitu. Dia mempunyai potensi yang besar di sekolah. Jika dia diberi peluang dia pasti akan berjaya kelak.”
Puan Marini segera menarik tangan Syafikah ke dalam rumah. Dia tidak mahu mendengar sebarang kata-kata yang banyak membela Syafikah daripada Cikgu Anita lagi. Melihatkan keadaan yang sedemikian, Cikgu Anita mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu. Tidak ada gunanya bertelingkah dengan orang yang mempunyai sikap egoistik yang tinggi kerana ia hanyalah sia-sia umpama mencurah air di daun keladi. Cikgu Anita memandu keluar keretanya meninggalkan perkarangan rumah Syafikah. Dia bernekad untuk menjadikan Syafikah pelajar terbaik meskipun dibelenggu kesengsaraan hidup dan ditentang sepenuhnya oleh ibu tiri Syafikah.
Hari berganti hari. Pawana mengulit menyerlahkan kemunculan suria di balik mendung yang berarak pergi. Kehidupan syafikah bertambah ceria di atas dorongan dan kekuatan semangat berbunga-bunga yang diberikan oleh Cikgu Anita. Syafikah dan Nadia seringkali kelihatan bersama-sama dengan Cikgu Anita. Cikgu Anita telah banyak membantu mereka mengulangkaji pelajaran dan memberikan tunjuk ajar tanpa jemu. Tambahan pula, mereka akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Syafikah menggunakan segala peluang yang ada dengan baik di waktu persekolahan. Dia akan pulang ke rumah seperti biasa sebaik sahaja habis sesi persekolahan untuk menguruskan kerja-kerja rumah yang masih terbengkalai. Dia tidak mahu lagi ibu tirinya mengalahkan Cikgu Anita lagi. Tambahan pula, Cikgu Anita telah banyak membantunya serta menjadi sumber kekuatannya kini. Hidup Syafikah kini berubah. Keriangan terpancar di balik wajahnya menyirnakan kesengsaraan yang membelenggu ranting-ranting jiwanya. Nekadnya tetap utuh bersemi agar mimpi ngeri tidak lagi merantai jasadnya. Dia ingin menjadi murid yang cemerlang dan selalu berdoa agar pintu hati ibu tirinya terbuka untuk menerimanya .
Di kala suria memanahkan cahayanya menyimbah bumi, murid-murid sedang berada di kantin sekolah untuk menikmati juadah di waktu rehat mereka. Tiba-tiba kelihatan Nadia berlari-lari ke arah Syafikah. Dengan penuh tanda tanya, Syafikah cuma mententeramkan jiwanya yang kacau itu. Apakah perkhabaran yang ingin disampaikan oleh Nadia….
“Adakah ini suatu petanda buruk yang akan menjelma lagi……Aduh, apakah gerangan berita itu…..?” wajah Syafikah bertukar serta-merta. Jantung hatinya bergetar kencang secara tiba-tiba
“ Kenapa Nadia? Apa yang berlaku? Kenapa kamu berlari-lari ke mari? “ soalan yang bertubi-tubi keluar daripada mulut Syafikah tanpa henti-hentinya menggambarkan yang Syafikah sangat khuatir dengan berita yang akan didengarinya.
“ Syafikah, kamu jangan terkejut dengan berita ini….tadi pihak hospital menelefon ke pejabat sekolah….ibu tiri kamu berada dalam keadaan kritikal. Dia mengalami kemalangan jalanraya. Sekarang dia masih di unit kecemasan rapi . Adik tiri kamu pula meninggal akibat pendarahan di bahagian kepalanya……”
Tubuh Syafikah yang lemah itu jatuh terselepuk di lantai. Bayangan ibu tirinya yang begis dan seringkali meruntunkan jiwa Syafikah bertukar menjadi penuh simpati. Betapa jiwanya tidak pernah menyimpan sedikit dendam meskipun tubuhnya menjadi mangsa habuan ibu tirinya saban hari. Syafikah menganggap yang itu semua dugaan hidup yang harus ditempuhinya. Tambahan pula, kata-kata semangat daripada Cikgu Anita telah banyak mengubah persepsi dan tanggapan buruk terhadap ibu tirinya. Bayangan Cikgu Anita segera terlintas dibenaknya. Dia perlu segera mendapatkan Cikgu Anita untuk memohon bantuan.
Pintu bilik guru diketuk kencang. Syafikah yang masih tidak bermaya ditemani oleh Nadia untuk menemui Cikgu Anita. Dengan wajah yang terpinga-pinga, Cikgu Anita segera bertanyakan mereka berdua tujuan sebenar mereka menemuinya dan keadaan yang tergesa-gesa.
“ Kamu berdua ni kelihatan seolah-olah dirundung satu masalah yang besar. Apa tujuan kamu berdua ke mari. Sekiranya cikgu boleh membantu, cikgu akan cuba membantu kamu berdua sedaya upaya cikgu. Apakah yang berlaku kepada Syafikah….Nadia…..?”

Dengan nada suara yang bergetar-getar dan sebak, Syafikah mula mengaturkan bicaranya. Nadia yang berada di sisi Syafikah hanya diam membisu seribu kata.
“ Cikgu, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan…..ibu tiri saya sekarang berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan jalan raya. Adik tiri saya pula meninggal dunia. Saya sedih cikgu….merekalah dunia saya kini. Saya tidak ada siapa-siapa lagi. Tolong lah saya cikgu….saya mohon, cikgu”
“Saya berasa sungguh terharu dengan sikap kamu Syafikah. Saya berbangga dengan kamu. Kamu bukan sahaja seorang murid yang baik tetapi kamu juga merupakan seorang anak yang solehah. Meskipun ibu tiri kamu tidak pernah melayan kamu seperti anaknya tapi kamu tetap menganggapnya sebagai keluarga kamu sendiri. Kamu memang anak yang baik. Cikgu doakan agar kamu memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Kamu tak perlu bimbang. Mari cikgu hantarkan kamu ke hospital. Cikgu juga akan melancarkan derma bagi memperoleh sedikit bantuan kewangan dalam membantu meringankan beban keluarga kamu.”
“Terima kasih, cikgu….cikgu telah banyak membantu saya dalam meringankan segala bebanan dan masalah yang menimpa saya. Terima kasih, cikgu.” Nada suara Syafikah bertambah sebak lalu ditenangkan oleh Cikgu Anita.
“Sudah menjadi tanggungjawab cikgu untuk membantu kamu Syafikah. Anggaplah segala pertolongan cikgu adalah hadiah untuk setiap kesabaran dan kebaikan kamu, Syafikah. Sudahlah, mari kita ke hospital sekarang….” Syafikah ditemani oleh Nadia mengekori Cikgu Anita ke keretanya.
Laungan kereta Cikgu Anita yang menyusur jalanraya memecah kesunyian pagi itu. Syafikah yang masih dalam kesedihan dipeluk erat oleh Nadia. Nadia sangat mengerti segala kesedihan yang menyelubungi diri Syafikah. Di saat-saat ini, Syafikah sangat memerlukan teman bagi menenangkan dirinya yang kacau-bilau itu. Mujurlah dia seringkali ditemani oleh sahabat karibnya, Nadia dalam mengharungi hidupnya sama ada ketika dia gembira mahupun berduka.
Setibanya di sana, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku di atas katil di Unit Kecemasan Rapi itu. Tubuh yang dulunya bengis dan menggegarkan nyawa, kini hanya terbaring lesu tanpa suara. Ditubuhnya kelihatan wayar-wayar yang berselirat menggerunkan mata yang memandang. Nyawanya banyak bergantung dengan setiap alat pernafasan dan sumber makanannya pula dialirkan menerusi saluran tersedia ada. Sungguh terseksa Syafikah melihat penderitaan ibu tirinya di ruang yang sepi itu. Titisan-titisan mutiara berkaca mula berlinang membasahi pipinya itu. Tubuh ibu tirinya yang tidak pernah dijamahnya itu kini dipeluk erat. Cikgu Anita yang berada di situ segera menenangkan Syafikah. Dia tidak mahu Syafikah terus bersedih lagi. Biarlah segala kesedihan berarak pergi daripada kehidupan Syafikah yang suram.
Sepanjang ibu tiri Syafikah iaitu Puan Marini dirawat di hospital, Cikgu Anita dengan ikhlasnya menumpangkan Syafikah buat sementara waktu di rumahnya. Setiap hari selepas waktu persekolahan, Syafikah akan ditemani oleh Cikgu Anita untuk melawat ibu tirinya. Cikgu Anita juga akan membantu Syafikah mengulangkaji pelajaran kerana UPSR akan menjengah tidak berapa lama lagi. Syafikah juga perlu menstabilkan emosinya kerana dia berada di persimpangan antara memenuhi tuntutan sebagai seorang murid dan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibunya. Berkat kesabaran dan bimbingan yang berterusan daripada Cikgu Anita, Syafikah menjadi seteguh karang di lautan biru. Jiwanya kini bertambah kental. Syafikah mampu menempuh hari-hari yang mendatang dengan memperbanyakkan doa dan memohon agar ibu tirinya beroleh kesihatan seperti sediakala serta mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR tidak lama lagi.
Ketika setiap insan di muka bumi ini asyik lena di buai mimpi-mimpi indah, Syafikah membasahkan mukanya dengan simbahan air wuduk. Terasa kedinginan air itu menusuk hingga ke tulang-temulangnya. Di atas hamparan sejadah indah di kamarnya yang sepi, Syafikah menadahkan tangannya dengan merendah diri ke hadrat Ilahi tuhan pencipta alam memohon agar dia segera dihindari daripada segala dugaan yang membelenggu.
“Ya,Allah ya tuhanku….Andainya hamba mu ini terlalu banyak melakukan dosa-dosa di bumi mu ini ampuni lah diriku. Kau makbulkanlah doaku ini. Kau ampunilah setiap dosa-dosa ibu tiriku. Berikanlah dia kekuatan untuk terus melawan kesakitan yang dideritainya. Sembuhkan lah dia seperti dahulu kala agar dia dapat beribadah kepadamu. Kau berikanlah daku kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti agar aku tidak mengecewakan Cikgu Anita….insan yang banyak menghulurkan bantuan tanpa jemu-jemu. Kau berkatilah hidupnya. Semoga dia memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat”.
Syafikah tidak dapat menahan sebak di dadanya. Terasa dirinya sungguh kerdil di hadapan Allah yang maha kuasa. Air matanya terasa deras membanjiri pipinya. Syafikah lantas tunduk dan sujud di atas hamparan sejadah itu. Tanpa disedarinya, Syafikah tertidur di situ. Kokokan ayam yang mengejutkannya daripadanya tidur yang lena itu. Kesegaran tubuhnya terasa apabila desiran bayu pagi itu menjamah pipinya. Dia segera membersihkan dirinya dan bersolat. Walaupun hari ini merupakan hari minggu, Syafikah tidak perlu ke sekolah tetapi dia perlu ke hospital untuk menjengah ibu tirinya yang masih belum sedarkan diri. Hari ini sudah genap seminggu peristiwa ngeri itu menimpa ibu dan adik tirinya.
Kirmizi memayungi puputan pawana di hening pagi itu. Suatu rahmat menyimbah ke alam semester ini apabila Syafikah dan Cikgu Anita mengorak langkah ke ruang Unit Kecemasan Rapi itu. Segala doa dan hasrat Syafikah yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi akhirnya termakbul. Sekujur tubuh kaku Puan Marini mula menunjukkan reaksi yang memberangsangkan. Kaki dan tangannya mula bergerak-gerak dengan perlahan-lahan. Syafikah amat bersyukur di atas reaksi itu. Dia segera mendapatkan doktor untuk memberitahu tentang perkara tersebut.
“Alhamdulillah, pesakit nampaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Sekiranya pesakit terus menunjukkan perkembangan ini berkemungkinan pesakit akan boleh sembuh dengan cepat. Walau bagaimanapun, Puan Marini memerlukan sokongan emosi dan mental yang kuat terutama daripada ahli keluarganya kerana dia baru sahaja kehilangan anaknya dalam kemalangan ngeri itu.”
Dengan lantasnya Syafikah bersuara, “ Insyaallah doktor, saya akan lakukan yang terbaik untuk ibu saya.” Cikgu Anita mengusap lembut bahu syafikah dan turut menambah…..
“ Syafikah tidak perlu risau, selagi cikgu mampu, cikgu akan sama-sama membantu Syafikah”. Syafikah memeluk erat Cikgu Anita.
Hari berganti hari. Terasa begitu pantas jarum jam berputar di atas paksinya. Syafikah kini menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi. Kesihatan Puan Marini juga beransur pulih. Dia juga sudah mula menerima kehidupan baru hidupnya kini. Puan Marini bukan lagi Puan Marini yang dulu. Dia kini hidup sebagai Puan Marini yang baru. Dia sudah boleh menerima kehilangan anaknya serta akur dengan kehendak Ilahi dengan menganugerahkan Syafikah sebagai ganti anaknya.
Saat yang dinanti-nanti tiba kini. Keputusan UPSR kini mula diumumkan dan murid-murid tahun 6 berhimpun di perkarangan sekolah untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Syafikah tiba di perkarangan sekolah bersama ibu tirinya yang turut menemaninya. Kini keputusan di dalam genggaman Syafikah. Alangkah gembiranya hati apabila impiannya menjadi nyata. Syafikah memperoleh 5A dalam ujian penilaian tersebut. Sahabat baiknya Nadia turut memperolehi keputusan yang sama. Berkat segala usaha dan titik peluh mereka bersengkang mata belajar bersama-sama dengan bimbingan Cikgu Anita. Puan Marini yang sangat gembira dengan keputusan tersebut melonjak kegirangan. Jelas di wajahnya keriangan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Lantas Syafikah memeluk ibu tirinya.
“Alhamdulillah ibu, saya memperoleh 5A…..syukurlah”
“Tahniah Syafikah, ibu sangat berbangga dengan kamu. Kamu seharusnya berkongsi kegembiraan ini bersama Cikgu Anita. Dia yang banyak membantu kamu…..”
Syafikah berlari menuju ke bilik guru untuk mendapatkan Cikgu Anita. Malangnya, Cikgu Anita tidak ditemui. Jiwa Syafikah meronta-ronta ingin menunjukkan keputusan yang diperlehinya itu kepada Cikgu Anita yang merupakan insan yang paling bermakna dalam hidupnya. Alangkah sedihnya apabila Syafikah mendapat tahu yang Cikgu Anita telah ditukarkan ke sekolah lain. Cikgu Anita meninggalkan sepucuk surat buat Syafikah yang berbunyi…..
Buat Syafikah……
Cikgu tahu yang Syafikah pasti memperoleh kejayaan yang cemerlang seperti yang diimpikan. Maafkan cikgu…..cikgu terpaksa meninggalkan sekolah ini tanpa memberitahu Syafikah. Cikgu tidak mahu Syafikah sedih dan mengiringi pemergian cikgu dengan air mata. Cikgu gembira melihat kegembiraan Syafikah kini. Syafikah sudah memperoleh ibu yang Syafikah ingini. Teruskan hidup Syafikah untuk menegecapi kejayaan demi kejayaan. Andainya ada rezeki di lain masa pasti kita akan bertemu lagi. Sampaikan salam cikgu buat ibu Syafikah dan tidak lupa juga buat Nadia……
Walaupun surat itu ringkas tetapi membawa makna yang sungguh mendalam di jiwa Syafikah. Surat yang berada digenggaman Syafikah jatuh menyimbah bumi bersama deraian air matanya.
“Cikgu, cikgu tau betapa besarnya pengorbanan cikgu kepada saya. Walaupun jasad ini di mamah bumi, namun diri ini tidak akan melupakan setiap jasa dan budi baik cikgu…..terima kasih, cikgu…..”

Ahad, 15 Mei 2011

CPR (Cardiopulmonary Resuscitation0



Tujuan utama memberi CPR adalah untuk memulihkan bekalan darah ke otak sehingga ambulans datang dengan defirillator dan ECG. ini kerana sel-sel otak perlu darah penuh dengan oksigen untuk menjalankan fungsi. Tanpa bekalan darah beroksigen sel-sel otak boleh hidup 4 hingga 6 minit sahaja. selepas 6 minit, sel-sel otak mula mati dan dalam masa 10 minit semua sel otak telah mati dan mangsa mengalami kematian biologikal atau kematian tetap.

MODUL MENGURUSKAN KECEMASAN

D - Danger (Bahaya)
Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda. Alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan daripada bahaya.

R - Response (Tindakbalas)
Panggil mangsa, kejutkan beliau. Jika tidak ada tindakbalas minta bantuan kecemasan.

C - Memberi 30 tekanan di pertengahan tulang sternum

A - Membuka saluran pernafasan

B - Memberi 2 hembusan nafas secara perlahan

Khamis, 12 Mei 2011

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS BBSM CAWANGAN SEPANG


Pertolongan cemas adalah bantuan awal yang diberikan serta-merta kepada seseorang yang ditimpa kemalangan atau dilanda penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. Bantuan ini diberikan sehingga mangsa mendapat perkhidmatan perubatan di tempat kejadian atau dipindahkan ke hospital.




Perawatan awal yang diberikan di tempat kejadian ialah satu aspek penting dalam rawatan kecemasan dan trauma. Kajian kemalangan dan kecemasan perubatan memberi maklumat bahawa sebanyak 30-40% kematian boleh diselamatkan sekiranya bantuan awal diberikan oleh sesiapa yang menyaksikan kejadian.



Perawatan awal di tempat kejadian adalah satu perkhidmatan yag kritikal dan perlu dilaksanakan oleh orang yang berada ditempat kejadian.



Objektif Pertolongan Cemas adalah;
1. Menyelamatkan nyawa
2. Mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih serius
3. Mengurangkan kesakitan
4. Menguruskan kesakitan

Isnin, 2 Mei 2011

PERKARA-PERKARA YANG DIANGGAP MENGURANGKAN STRESS TETAPI SEBALIKNYA MENYEBABKAN STRESS YANG LEBIH KRONIK

Remaja hari ini gagal menangani stress dengan bijaksana. Adakalanya mereka mengambil jalan yang salah untuk mengurangkan stress sebaliknya mereka akan lebih tertekan dalam menjalani kehidupan. Berikut adalah antara cara penyelesaian yang salah antaranya ialah;


1. Mengambil alkohol dan pil khayal untuk melupakan masalah atau perkara
yang menyebabkan tekanan dan ketagihan yang lebih kronik dan
membahayakan kesihatan.

2. Menghisap rokok untuk menenangkan fikiran tetapi hakikatnya hanyalah
membahayakan kesihatan.



3. Membuli bagi melepaskan kemarahan kepada individu lain.




4. Berlumba haram yang boleh mengancam nyawa sendiri


5. Berhibur di kelab malam dengan membuang masa bersama rakan-rakan hingga
larut malam yang boleh menyebabkan pembaziran wang, terlibat dengan
gejala sosial dan mengabaikan tanggungjawab.


6.Mengambil dadah anti kerisauan bagi membendung kerisauan hanya seketika
dan menyebabkan ketagihan dan membahayakan kesihatan.

7. Mengambil pil tidur yang bertujuan untuk melupakan masalah serta
mengatasi kesukaran untuk tidur tetapi sebaliknya hanya menyebabkan
ketagihan dan mengalami kesukaran untuk tidur apabila memberhentikan
pengambilannya.

8. Anti hipertensi diambil untuk merendahkan tekanan darah tetapi
sebaliknya menyebabkan individu tersebut mengalami tekanan perasaan.


9. Steroid jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan falam jangka masa
yang lama boleh menyebabkan seseorang individu itu mengalami tekanan
yang serius.

Ahad, 1 Mei 2011

MURID-MURID SAYA....MASALAH PENDENGARAN




                  Inilah empat orang murid-murid saya di kelas masalah pendengaran Sek Keb Taman Pantai Sepang Putra, Sg Pelek, Sepang. Mereka terdiri daripada 3 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Walaupun mereka hanya terdiri daripada empat orang murid tetapi mereka mempunyai kemampuan mental dan fizikal yang berbeza-beza.....

APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA PAKAR PSIKOLOGI, PAKAR PSIKIATRI DAN PAKAR TERAPI ?

Tentu anda tertanya-tanya apakah yang dikatakan sebagai pakar psikologi

, pakar psikiatri dan pakar terapi?  Sekiranya anda patah lengan, atau merasa sejuk yang teramat sangat dan seringkali  kanak-kanak mahupun orang dewasa mempunyai masalah yang biasa yang berkaitan dengan tubuh badan secara fizikal seperti sakit tulang dan selsema. Anda pasti akan berjumpa dengan doktor bagi membantu dan mengubati penyakit anda.  Tetapi bagaimana pula sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan dengan psikologi dan emosi?

Tahukah anda apabila anda mempunyai masalah kegelisahan atau gangguan emosi dan perasaan serta tidak tahu cara bertindak maka anda perlu berjumpa dengan pakar psikologi, pakar  psikiatri atau pakar terapi?  Siapakah mereka ini?   Adakah mereka berbeza di antara satu sama lain?  Berikut dinyatakan peranan setiap pakar tersebut dalam menangani masalah anda:

  • Pakar psikologi adalah individu yang terlatih dan berpendidikan untuk menjalankan kajian dan ujikaji psikologi serta terapi. 
  • Pakar psikiatri  pula individu yang terlibat dalam cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis, rawatan dan pemulihan mental dan emosi. 
  • Pakar  psikoterapi pula adalah individu yang menjalankan rawatan ke atas gangguan mental dan emosi dengan menggunakan reka bentuk teknik psikologikal untuk menggalakkan komunikasi konflik dan pemahaman masalah, meredakan jiwa terhadap simptom-simptomnya , mengubah  tingkah laku untuk meningkatkan kefungsian sosial dan vokasional serta perkembangan personaliti. 
Bagaimana anda boleh mendapatkan bantuan mereka?  Mereka akan pergi ke sekolah untuk memberi latihan istimewa tentang cara-cara seseorang kanak-kanak berfikir dan mengetahui bagaimana untuk menolong kanak-kanak mempunyai perasaan yang lebih baik.  Bagaimana pakar-pakar ini memberikan perkhidmatan mereka? Aspek-aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:

  • Bagaimana  kanak-kanak berfikir
  • Bagaimana  kanak-kanak membesar
  • Dan  bagaimana kanak-kanak melihat dunia mereka
Pakar-pakar ini mahir dalam membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Mereka  menjalankan tugas  dengan memberi keutamaan berkomunikasi dengan anda dan membantu anda menghadapi sebarang   masalah yang berlaku sama ada di rumah mahupun di sekolah.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menemui mereka sekiranya mereka datang mendapatkan anda!
Mengapakah anda memerlukan bantuan pakar-pakar dalam psikologi, psikiatri atau terapi ini?  Berikut disenaraikan beberapa individu yang menjadi keutamaan:

  • Mengalami  kesedihan (depression)
  • Mengalami gangguan mental
  • Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif.
  • Menghadapi masalah kemurungan
  • Mengalami gangguan keresahan/kerisauan
  • Mengalami serangan panik
  • Berhadapan dengan gangguan fobia
Adakah anda mengalami gangguan-gangguan seperti yang dinyatakan di atas.  Sekiranya anda salah seorang mangsanya, segeralah menemui pakar psikologi, psikiatri atau terapi bagi mendapatkan bantuan.  Rawatan awal boleh menyelamatkan anda.  Jangan biarkan ianya bertambah parah sehingga sukar menerima rawatan dan pemulihan.  Ingat!  Masa depan anda berada di dalam genggaman anda.  Tambahan pula, insan-insan tersayang  anda seperti ibubapa, keluarga, guru-guru dan masyarakat sekeliling masih mengharapkan khidmat anda di masa hadapan. 

SAYANGI DIRI KENALI TUBUH BADAN ANDA......

Adakah anda menyayangi tubuh badan anda?  Adakah anda benar-benar memahami tentangnya?  Bagaimana anda memeliharanya agar sentiasa sihat dan bertenaga?  Untuk itu, kita akan sama-sama memahami tentang tubuh badan kita  supaya kita tahu bagaimana untuk memeliharanya supaya sentiasa sihat dan aktif.

Tambahan pula di peringkat remaja,  kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang jauh berbeza daripada keadaan asalnya. 

Menurut Tanner (1966), perubahan yang berlaku pada diri remaja merangkumi perubahan dari segi fizikal, psikologikal, sosial dan kognitif.  Kematangan tubuh badan akan menjadi lebih cepat iaitu apabila mencapai purata peringkat umur 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki.  Pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan kanak-kanak adalah berbeza di antara satu sama lain.  Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan tentang aspek-aspek ini.  Ianya sangat membantu guru dan ibu bapa untuk merancang dan membimbing mereka.  Hasil kajian mengenai pertumbuhan dan perkembangan  tubuh badan manusia adalah bermatlamat untuk:

  • Menghuraikan atau memberi gambaran mengenai perubahan tersebut.
  • Mencari sebab dan punca perubahan tersebut
  • Meramalkan kejadian perubahan tersebut
  • Mengubahsuai sesuatu perubahan supaya ia tidak mendatangkan masalah
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan kanak-kanak akan berasa kecewa dan hampa apabila mereka tidak mengalami pertumbuhan yang pantas berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka. Ini boleh merunsingkan hidup mereka. Bagi meredakan keadaan ini, mereka perlu didedahkan bahawa proses akil baligh tidak berlaku pada masa yang sama bagi setiap kanak-kanak. Malahan, tidak ada satu latihan yang khusus pun yang dapat membantu menangani masalah ini. Oleh itu, kanak-kanak lelaki perlu mengetahui bahawa mereka akan mengalami pertumbuhan otot-otot  besar  apabila mencapai peringkat dewasa. Manakala, bagi kanak-kanak perempuan pula mereka akan mengalami pembesaran buah dada  sekiranya sudah melalui proses kitaran haid.


Pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia mempunyai arah.  Secara umumnya terdapat dua arah iaitu cephalocaudal dan proximodistal.  Kedua-dua perkataan ini berasal daripada perkataan Latin. Cephalocaudal bermaksud dari kepala ke ekor.  Oleh itu, arah perkembangan kematangan tubuh badan adalah daripada kepala ke bawah bahagian tulang belakang.  Jika anda teliti, berat, bilangan sel dan fungsi otak bayi yang baru dilahirkan menghampiri 80% otak orang dewasa.  Akan tetapi tulang belakangnya masih belum matang dan tidak mampu menyokong bayi itu duduk.  Oleh itu, kematangan itu bermula dari bahagian kepala dan beransur-ansur ke bawah ke bahagian bawah tulang belakang.

Manakala proximodistal pula adalah untuk anggota tangan dan kaki.  Bahagian yang menghampiri tulang belakang akan matang terlebih dahulu.  Kematangan  iniberansur-ansur berlaku hingga ke hujung kaki dan  tangan.   Contohnya, seorang bayi boleh menggerakkan tangannya kea rah ibunya tetapi masih belum mampu untuk memegang pensel dengan baik.  Secara kasarnya, pengkaji telah membahagikan perkembangan manusia kepada tujuh fasa yang utama.  Walau bagaimanapun, peringkat yang berbeza akan kita temui jika aspek yang dikaji itu berbeza.  Tujuh aspek perkembangan tersebut adalah:

·        Peringkat semasa kandungan
·        Peringkat bayi merah  (neonate) atau 10 hingga 14 hari selepas dilahirkan
·        Peringkat bayi iaitu 2 tahun pertama atau sebelum menguasai bahasa
·        Peringkat kanak-kanak hingga akil baligh
·        Peringkat remaja (selepas akil baligh) hingga belia
·        Peringkat belia dan dewasa
·        Peringkat tua

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara menyeluruh.  Lazimnya ia berlaku daripada pergerakan kasar kepada pergerakan yang halus.  Seorang bayi akan menggerakkan semua anggota badannya untuk mencapai sesuatu tetapi orang dewasa hanya perlu menggerakkan tangannya sahaja.  Pencapaian daripada pergerakan kasar kepada halus memerlukan kematangan dan latihan.  Contohnya, sekiranya kita tidak biasa menggunakan mikroskop, kita akan menggunakan semua anggota badan untuk melakukan aktiviti dengannya.  Tetapi sekiranya kita sudah biasa maka kita hanya akan menggerakkan anggota badan yang diperlukan sahaja.  Di sini dapatlah disimpulkan bahawa pergerakan daripada pergerakan kasar kepada halus memerlukan dua proses iaitu pembezaan dan penyatuan.  Perkara yang kita tahu tentang mikroskop merupakan pembezaan.  Setelah pembezaan ini selesai, maka proses penyatuan berlaku iaitu kita tahu secara menyeluruh tentang apa yang berlaku apabila kita memegang mikroskop.

SUDAHKAH ANDA MENYIAPKAN KERJA RUMAH....?

Sudahkah anda menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru anda?  Atau anda malas untuk menyiapkannya?  Jangan bersikap demikian kerana kerja rumah dapat membantu anda mengukuhkan pemahaman anda dalam sesuatu perkara. Namun demikian, keadaan persekitaran amat penting semasa menyelesaikan kerja rumah.  Berikut diberikan tips-tips yang boleh diikuti ketika anda  membuat kerja rumah anda:

  • Suasana yang agak sunyi agar anda dapat menumpukan perhatian pada kerja rumah.
  • Tutup televisyen atau apa-apa yang menggangu konsentrasi anda.
  • Peruntukan masa yang mencukupi dalam menyelesaikan kerja rumah.
Dalam satu kajian, pengukuran tentang keibubapaan diukur berdasarkan kepada pencapaian dan penglibatan dalam kerja rumah anak-anak.  Ia melibatkan kerjasama yang diperolehi daripada kedua-dua pihak iaitu kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.  Oleh itu, adalah penting untuk ibubapa bersama-sama membantu anak-anak mereka dalam menyiapkan kerja rumah mereka.  Tahukah anda bagaimana anda hendak menyiapkan kerja rumah anda? Siapa yang dapat membantu anda?  Berikut disenaraikan individu-individu yang dapat membantu anda sekiranya menghadapi sebarang masalah ketika menyiapkan kerja rumah anda:
  • Kaunselor
    • Dapat  memberi khidmat nasihat kepada anda berkaitan dengan masalah persekolahan anda.
    • Jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan kerja sekolah anda berbincanglah dengan orang yang anda boleh percayai seperti kaunselor anda.
    • Mereka akan memberikan nasihat yang berguna sebagai panduan anda.
  • Ibubapa
    • Dapat  memberi pendapat dan pandangan mengenai kesulitan dalam menyiapkan kerja rumah.
  • Guru
    • Dapat  memberi nasihat dan  idea serta memberi tips yang berguna kepada anda ketika menjawab soalan.
    • Dapat  memberi nasihat secara terperinci untuk anda menyelesaikan masalah anda.
    • Dapat   memberikan tips belajar yang berkesan.
  • Tutor persendirian dan guru-guru tuisyen
    • Tutor persendirian dan guru-guru tuisyen adalah seorang pengajar yang dibayar gaji mengikut jam yang diperuntukan untuk mengajar anda selepas waktu persekolahan.

  • Maklumat dari internet
    • Sekiranya  permasalahan yang dikemukakan tidak terdapat dalam buku-buku rujukan anda dan menambah maklumat yang sedia ada.
    • Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan internet untuk melawat laman web yang menyediakan khidmat nasihat dan panduan berkenaan kerja rumah. Di dalam laman web tersebut terdapat banyak maklumat dan panduan dalam menyelesaikan kerja rumah.
    • Tetapi anda tidak dibenarkan meniru maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut. Jadi berbincanglah dengan guru anda bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada internet.
Walau bagaimanapun, pemikiran  guru dan ibu bapa perlu dianjakkan daripada terlalu mementingkan hanya satu aspek dalam diri murid-murid iaitu pencapaian akademik semata-mata.  Tetapi perlulah juga melihat kepada keperluan pengembangan potensi yang lain dalam diri murid-murid seperti pembangunan emosi dan sahsiah menerusi pengembangan minat serta bakat yang ada seperti aspek sukan dan permainan.  Contohnya permainan badminton dan bola sepak.
Sehubungan dengan itu, guru dan ibu bapa dapat mengambil kira aspek pendidikan menyeluruh dalam jadual kehidupan murid-murid dan anak mereka.  Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melihat pencapaian yang cemerlang murid-murid dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.  Pada masa yang sama, ibu bapa dan guru-guru  seharusnya mengisi masa yang sepatutnya diluangkan untuk mengembangkan potensi lain dalam diri murid-murid seperti mengikuti kelas-kelas latihan jasmani, bersukan dan sebagainya.
Meskipun begitu, kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru perlulah disiapkan untuk menguji sejauhmana pemahaman anda terhadap apa yang telah anda pelajari.  Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja rumah anda, ini bermakna anda masih tidak faham terhadap apa yang telah anda pelajari.  Berbincanglah dengan guru anda untuk meningkatkan kefahaman anda.

BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI MASALAH KELUARGA.....

Adakah anda mampu mengharunginya sekiranya saban hari telinga anda mendengar,  “Awak yang bersalah!” atau“Tolong senyap”atau “Hentikan semua ini!” atau “Saya benci kamu!”  Apabila ahli keluarga anda

sedang berbalah, adalah sukar untuk menggambarkan apakah yang harus dilakukan. Anda kemungkinan merasa sedih, malu dan mungkin juga marah apabila situasi ini berlaku dalam di dalam keluarga anda. Apa jua perasaan yang timbul pada diri anda, anda harus memikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terus berlaku.

Sesetengah individu berasa malu dengan peristiwa yang menimpa keluarga mereka dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan kawan-kawan mereka.  Masalah yang dihadapi oleh individu biasanya bersandar kepada masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.  Sekiranya ibu bapa pandai menguruskan masalah yang mereka hadapi dan tidak melimpah sehingga membanjiri anak-anak maka anak-anak akan selamat.  Jika  adapun amat sedikit kesannya kepada anak-anak.  Apakah masalah yang sering dialami dalam keluarga?  Berikut disenaraikan antara contoh-contoh masalah tersebut:

  • Perbalahan di antara ahli keluarga
  • Konflik di antara ibu dan bapa
  • Ketidaksefahaman antara ibubapa dengan anak
  • Perceraian
  • Pengabaian  tugas ibu bapa 
  • Kekacauan dalam keluarga
  • Perebutan hak penjagaan anak
  • Penganiyaan dan penderaan
  • Kewangan dan bajet
  • Perangai anak-anak
  • Tidak cukup masa bersama keluarga
  • Kurang perkongsian tanggungjawab dalam keluarga
  • Komunikasi bersama anak-anak
Keadaan adalah sukar apabila ahli keluarga atau keluarga tiri sedang berbalah. Walaupun saling sayang menyayangi di dalam sesebuah keluarga tersebut namun, kadang-kala perbalahan boleh tercetus juga. Oleh sebab ayah serta ibu dibelenggu kemarahan ini tidak bermakna mereka akan terus berada dalam kemarahan yang berpanjangan ataupun mereka akan berpisah disebabkan perbalahan tersebut. Perbalahan adalah suatu perkara yang lumrah berlaku kepada mereka yang tinggal bersama dan meluangkan masa yang banyak apabila bersama, oleh itu, adalah tidak hairan kadang-kala berlaku tiadanya kesepakatan dalam membuat keputusan yang terbaik dan akhirnya menyebabkan hilang kesabaran pada mana-mana belah pihak.

Ingat kembali pada masa lampau bagaimana pergaduhan anda di antara abang atau kakak anda?. Anda tidak bermaksudkan apa jua perkataan yang telah anda lemparkan kepada mereka. Akhirnya anda berkemungkinan anda menyerah kalah. Situasi yang sama juga berlaku apabila terdapat perbalahan di dalam keluarga anda yang melibatkan ayah dan ibu anda. Sekiranya anda benar-benar sedih dengan perbalahan yang wujud, anda seharusnya cuba untuk berbincang bersama- sama mereka tentang perasaan anda terhadap perkara tersebut. Ayah dan ibu ada kalanya tidak menyedari perbalahan yang berlaku membuatkan anak-anak merasa sedih, sekiraanya anda berterus terang dengan menyatakan anda takut untuk berhadapan dengan semua yang berlaku, kemungkinan mereka akan menamatkan perbalahan atau sekurang-kurangnya menjelaskan kepada anda punca terjadi perbalahan tersebut.

Adakah adik anda sering mengambil barang-barang anda?. Adakah abang anda sering mengusik anda?. Sekiranya anda sering bergaduh dengan adik atau abang anda dan sering bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada keluarga, keadaan ini dikatakan sebagai persaingan di antara adik-beradik. Ini merupakan perkara semulajadi di mana untuk mendapatka perhatian di antara adik-beradik. Sekiranya anda merasakan tidak senang dengan ganguan daripada adik-beradik anda, anda seharusnya cuba untuk berbincang dengan mereka apa yang sedang berlaku.  Selain daripada itu, hubungan yang baik di antara anak-anak dengan ibu bapa biasanya termusnah apabila berlakunya perceraian dan menyebabkan mereka renggang dengan ibu atau bapa.  Oleh itu, ibu atau bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan memberikan penjelasan bahawa hubungan mereka dengan anak-anak akan berterusan sampai bila-bila.

Selepas berlakunya penceraian, satu lagi masalah yang rumit akan timbul.  Masalah ini berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak.  Masalah ini juga berkait rapat dengan masalah ekonomi keluarga dan perasaan pasangan.  Kebiasaannya hak penjagaan anak ini diberikan kepada ibu kerana biasanya mereka lebih rapat dengan anak.  Namun begitu, semenjak kebelakangan ini, kaum bapa juga bangkit untuk mendapatkan hak penjagaan anak.  Akibatnya, berlakulah pertelingkahan dan perbalahan yang hebat antara kedua-dua pihak.  Selain itu, kesan daripada perceraian tersebut juga menyebabkan ibu bapa mengabaikan tugas dan peranan terhadap anak-anak mereka. 

KONFLIK REMAJA DAN LARI DARI RUMAH.....?


.  Pernahkah  anda terfikir untuk melarikan diri? Kemungkinan anda menyimpan segala kelengkapan anda di dalam beg untuk dibawa pergi dari rumah anda atau mungkin anda hanya bertapak di sekitar rumah rakan-rakan anda. Namun, setelah beberapa ketika, anda terlupa mengapa anda melarikan diri dari rumah, melihatkan keadaan sekeliling yang gelap anda mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah.

Diharapkan, perkara tersebut merupakan tindakan terakhir yang anda lakukan iaitu dengan melarikan diri dari rumah. Terdapat  perbezaan yang ketara antara berfikir untuk melarikan diri dari rumah dengan benar-benar berazam untuk melarikan diri rumah. Melarikan diri merupakan satu masalah yang serius.  Individu melahirkan emosi dan perasaan tidak puas hati mereka  melalui tindakan melarikan diri yang bertentangan dengan norma masyarakat. Tambahan pula, individu ini tidak melalui keseronokan bersama masyarakat  dan bersosial serta sukar untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Bagaimanakah perasaan anda setelah mengalami perselisihan faham dengan keluarga?. Perasaan marah dan terguris hati berkenaan perselisihan tersebut boleh mendorong anda untuk melarikan diri dari rumah. Situasi yang sering berlaku kini ialah anak-anak mudah untuk melarikan diri dari rumah disebabkan masalah yang mula timbul dalam keluarga tersebut. Sesetengah anak-anak mengambil keputusan untuk keluar dari rumah apabila berlaku pertelingkahan yang dahsyat. Mereka tidak akan mudah mengambil keputusan sedemikian sekiranya tiada pertelingkahan yang berlaku.

Apabila kebahagiaan di dalam rumah sudah mula tidak kelihatan mereka akan membuat sesuatu yang mereka sendiri malu untuk lakukan, anak-anak berasa malu untuk memberitahu keluarga dengan tindakan mereka.  Punca-punca anak-anak melarikan diri dari rumah antaranya adalah seperti berikut:-

  • Berlaku penderaan .
  • Penceraian yang berlaku dalam keluarga dan kehadiran keluarga tiri.
  • Kematian yang berlaku terhadap ahli keluarga.
  • Mendapat anak baru yang menyebabkan mereka merasakan  diri tidak lagi akan disayangi apabila perhatian yang lebih diberikan kepada bayi baru.
  • Masalah kewangan keluarga.
  • Anak-anak atau ahli keluarga mengambil minuman keras dan dadah.
  • Masalah di sekolah
  • Desakan rakan sebaya.
  • Kegagalan dalam pembelajaran dan dibuang dari meneruskan pengajian.
Terdapat perbezaan sebab yang ketara di antara remaja lelaki dan perempuan untuk melarikan diri dari rumah.  Kajian  menunjukkan bahawa remaja perempuan yang melarikan diri daripada rumah adalah disebabkan oleh kawalan yang berlebihan daripada ibubapa mereka.  Manakala remaja lelaki melarikan diri daripada rumah adalah disebabkan untuk berdikari, mencari kebebasan dan keseronokan di luar.  Sebenarnya melarikan diri dari rumah dan meninggalkan rumah adalah dua perkara yang berbeza.  Melarikan diri adalah bukan kemahuan diri tetapi disebabkan konflik dalam keluarga, terasa terasing dan tercabar serta bermasalah dalam perhubungan sosial.  Meninggalkan rumah adalah dengan cara dorongan, bertanya dan mendesak untuk meninggalkan rumah.

Tekanan, kesusahan dan kegagalan dalam pembelajaran boleh menyebabkan remaja mengambil keputusan meninggalkan rumah.  Ini berlaku terutamanya kepada remaja yang lemah mengikuti pelajaran, sukar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan ataupun rasa terkongkong dengan suasana persekolahan.  Mereka mengambil keputusan untuk mencari kebebasan dan keseronokan di luar tanpa memikirkan permasalahan yang melanda mereka.

Punca-punca yang dinyatakan di atas adalah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh remaja kini. Terdapat cara untuk mengatasi masalah tersebut, melarikan diri dari rumah bukanlah merupakan langkah terbaik yang harus dilakukan. Anak-anak melarikan diri apabila masalah yang dihadapi tidak menampakkan jalan penyelesaian dan mereka tidak mempunyai orang dewasa untuk menceritakan masalah mereka dan membantu menyelesaikan masalah. Melarikan diri dari rumah merupakan pilihan yang terbaik apabila berhadapan dengan masalah yang besar. Malangnya, anak-anak yang menyelesaikan masalah dengan melarikan diri dari rumah kadang-kala diganti dengan masalah yang lebih menyukarkan kehidupan mereka apabila mereka berada di luar sana. 

APA ITU FOBIA?

Kali ini kita akan mengupas persoalan mengenai fobia.  Pernahkah anda mendengar perkataan fobia?


style="mso-spacerun: yes;">  Fobia sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketakutan, kecemasan dan kebimbangan.  Ia merupakan ketakutan yang tidak munasabah terhadap objek tertentu, aktiviti atau situasi.  Mereka yang mengalami fobia menghadapi kengerian terhadap sesuatu objek atau situasi tetapi mereka tidak menghadapi ketakutan apabila mereka menjauhkan diri daripada objek tersebut.

Apabila individu menghadapi sebarang ancaman yang serius yang boleh menggugat kebahagiaan, ia akan mengalami situasi kecemasan iaitu kebimbangan.  Ketakutan pula menyediakan seseorang untuk melawan ketakutan yang ada dalam dirinya.  Manakala bagi individu yang mengalami panik pula, mereka mempunyai serangan yang berulang-ulang.  Kesemua keadaan ini adalah dikatakan sebagai fobia.  Apakah tanda-tanda seseorang itu diserang Fobia?  Di antara tanda-tanda serangan fobia adalah seperti berikut:

·        Pernafasan menjadi cepat
·        Keregangan otot dan berpeluh
·        Mempunyai ketakutan terhadap objek, aktiviti dan situasi tertentu
·        Serangan yang berulang-ulang
·        Tekanan selepas berlakunya seseuatu perkara yang menyebabkan trauma seperti dirogol, pembunuhan dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa fobia merupakan nama khayalan bagi ketakutan. Tetapi fobia bukan hanya tergolong dalam beberapa ketakutan. Ia merupakan perkara biasa kepada kanak-kanak yang menyebabkan mereka takut kepada sesuatu.  Sebagai contoh, mengambil ujian yang sukar di sekolah, melepasi anjing yang menyalak pada suatu lorong, mendengar petir dan kilat. Fobia berbeza kerana ia merupakan suatu ketakutan yang melampau pada sesuatu keadaan atau perkara.  kanak-kanak yang mengalami fobia akan menjadi takut kepada sesuatu perkara setiap waktu kerana pengalaman yang lepas dapat mengajarnya. Kanak-kanak yang mengalami fobia akan keluar dengan cara mereka untuk mengelakkan daripada situasi atau perkara yang menakutkan mereka. I

Pernahkah anda mengalami situasi ini?  Individu terutamanya remaja dan kanak-kanak tidak lari dari menghadapi perasaan yang mencemaskan dan membimbangkan.  Apabila perkara tersebut berlaku maka degupan jantung akan menjadi pantas, badan berpeluh dan sesak nafas.  Di antara situasi yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah seperti guru anda ingin mengadakan ujian mengejut ke atas anda.  Pada ketika itu pula anda tidak membuat sebarang persediaan.  Bagaimana perasaan anda ketika itu?  Anda pasti berasa cemas dan bimbang!





Contoh permasalahan yang boleh dilihat adalah seperti seorang kanak-kanak yang menggunakan anak tangga untuk naik ke atas.. Dia mengalami fobia di tempat yang tertutup  dan menyebabkan dia takut untuk menaiki lif. Kadang-kadang, apabila kanak-kanak fobia mereka tidak dapat melupai apa yang menyebabkan mereka menjadi takut. Dia berkemungkinan akan gelisah dan panik. Ini menyebabkan dia berasa lebih bimbang dan sedih.


Apabila kanak-kanak mengalami fobia dan mereka tidak dapat melupai perkara yang menyebabkan mereka berasa takut. Dia mungkin mempunyai serangan panik.Serangan panik menyeramkan dan boleh menjadikan seseorang terkejut, berpeluh, dan bernafas dengan pantas. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai serangan panik dan menyebabkan mereka sakit dada, rasa pening, atau rasa seperti jantung mereka berdengup  dengan laju dan mereka akan tersesak nafas. Serangan panik boleh menyebabkan kanak-kanak berfikir sesuatu yang hebat apa yang terjadi, ini tidak boleh terlepas atau mereka mungkin menyebabkan hilang kawalan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami serangan panik berkata apabila serangan panik berlaku, mereka rasa seperti mereka tidak boleh berfikir dengan waras atau mereka seperti orang hilang akal..

Serangan panik hanya berakhir pada satu masa yang singkat tetapi seseorang merasai terlalu lama. Kadang-kadang jika kanak-kanak tahu yang dia mengalami fobia yang menjadikannya tidak berfikiran waras dia mungkin mengalami serangan panik.  Bagaimana anda menyedari yang anda diserang fobia?  Tindak balas terhadap ketakutan dan kebimbangan adalah melibatkan komponen fizikal, emosi dan kognitif.  Dari segi tindak balas fizikal, emosi dan kognitif.  Dari segi tindak balas fizikal, tanda-tanda yang dapat dilihat ialah berpeluh, pernafasan cepat, otot menjadi tegang dan degupan jantung menjadi kencang.  Manakala dari segi emosi pula, ia akan mengganggu keupayaan dalam penumpuan.

MEMILIKI KESIHATAN MENTAL YANG BAIK

Anda sering mendengar luahan kerajaan yang mengutamakan kesihatan mental.  Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan pelbagai aktiviti dan program-program dianjurkan untuk menyedarkan orang ramai tentang betapa pentingnya kesihatan mental yang baik. Tahukah anda apa itu kesihatan mental?  Apakah yang dikatakan sebagai kesihatan mental yang baik?  Bagaimanakah membentuk kesihatan mental yang baik?
Definisi kesihatan mental yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kebolehan individu itu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan menyumbang kepadanya. Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.  Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi: 
  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Adakah anda ingin memiliki kesihatan mental yang baik? Jawapannya adalah “ya” bukan?  Setiap individu pasti ingin memiliki kesihatan mental yang baik.  Apakah yang dikatakan sebagai kesihatan mental yang baik?  Berikut disenaraikan ciri-ciri kesihatan mental yang baik:
Terhadap diri sendiri
  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
  • Terhadap cabaran
  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
Mempunyai kesihatan mental yang baik menjadi impian setiap individu.  Bagaimana anda ingin membentuk kesihatan mental yang baik? Berikut disenaraikan sepuluh langkah ke arah kesihatan mental yang baik:
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
 
Kesihatan mental yang baik adalah penting untuk anda meneruskan kehidupan anda yang penuh pancaroba ini.  Setiap individu di muka bumi ini pasti mengharapkan agar sentiasa dikurniakan kesihatan mental yang baik.  Untuk merealisasikan impian anda,  peliharalah diri dan hiasilah

peribadi.