Tentu anda tertanya-tanya apakah yang dikatakan sebagai pakar psikologi
, pakar psikiatri dan pakar terapi? Sekiranya anda patah lengan, atau merasa sejuk yang teramat sangat dan seringkali kanak-kanak mahupun orang dewasa mempunyai masalah yang biasa yang berkaitan dengan tubuh badan secara fizikal seperti sakit tulang dan selsema. Anda pasti akan berjumpa dengan doktor bagi membantu dan mengubati penyakit anda. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan dengan psikologi dan emosi?
, pakar psikiatri dan pakar terapi? Sekiranya anda patah lengan, atau merasa sejuk yang teramat sangat dan seringkali kanak-kanak mahupun orang dewasa mempunyai masalah yang biasa yang berkaitan dengan tubuh badan secara fizikal seperti sakit tulang dan selsema. Anda pasti akan berjumpa dengan doktor bagi membantu dan mengubati penyakit anda. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan dengan psikologi dan emosi?
Tahukah anda apabila anda mempunyai masalah kegelisahan atau gangguan emosi dan perasaan serta tidak tahu cara bertindak maka anda perlu berjumpa dengan pakar psikologi, pakar psikiatri atau pakar terapi? Siapakah mereka ini? Adakah mereka berbeza di antara satu sama lain? Berikut dinyatakan peranan setiap pakar tersebut dalam menangani masalah anda:
- Pakar psikologi adalah individu yang terlatih dan berpendidikan untuk menjalankan kajian dan ujikaji psikologi serta terapi.
- Pakar psikiatri pula individu yang terlibat dalam cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis, rawatan dan pemulihan mental dan emosi.
- Pakar psikoterapi pula adalah individu yang menjalankan rawatan ke atas gangguan mental dan emosi dengan menggunakan reka bentuk teknik psikologikal untuk menggalakkan komunikasi konflik dan pemahaman masalah, meredakan jiwa terhadap simptom-simptomnya , mengubah tingkah laku untuk meningkatkan kefungsian sosial dan vokasional serta perkembangan personaliti.
Bagaimana anda boleh mendapatkan bantuan mereka? Mereka akan pergi ke sekolah untuk memberi latihan istimewa tentang cara-cara seseorang kanak-kanak berfikir dan mengetahui bagaimana untuk menolong kanak-kanak mempunyai perasaan yang lebih baik. Bagaimana pakar-pakar ini memberikan perkhidmatan mereka? Aspek-aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:
- Bagaimana kanak-kanak berfikir
- Bagaimana kanak-kanak membesar
- Dan bagaimana kanak-kanak melihat dunia mereka
Pakar-pakar ini mahir dalam membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Mereka menjalankan tugas dengan memberi keutamaan berkomunikasi dengan anda dan membantu anda menghadapi sebarang masalah yang berlaku sama ada di rumah mahupun di sekolah. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menemui mereka sekiranya mereka datang mendapatkan anda!
Mengapakah anda memerlukan bantuan pakar-pakar dalam psikologi, psikiatri atau terapi ini? Berikut disenaraikan beberapa individu yang menjadi keutamaan:
- Mengalami kesedihan (depression)
- Mengalami gangguan mental
- Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif.
- Menghadapi masalah kemurungan
- Mengalami gangguan keresahan/kerisauan
- Mengalami serangan panik
- Berhadapan dengan gangguan fobia
Adakah anda mengalami gangguan-gangguan seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda salah seorang mangsanya, segeralah menemui pakar psikologi, psikiatri atau terapi bagi mendapatkan bantuan. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda. Jangan biarkan ianya bertambah parah sehingga sukar menerima rawatan dan pemulihan. Ingat! Masa depan anda berada di dalam genggaman anda. Tambahan pula, insan-insan tersayang anda seperti ibubapa, keluarga, guru-guru dan masyarakat sekeliling masih mengharapkan khidmat anda di masa hadapan.
Maaf, apa yg dimaksudkan dgn kefungsian sosial? ingin tahu ..
BalasPadamassalamualaikum,sy mempunyai tnda2 y memerlukan brjumpa pakar,tp sy xthu hndak brbuat ap..hosptl y pnye pakar jauh..sjak sek sy mgalami kmurungan dan skg smkin truk hgga sy xad minat untk fkrkn msa dpn..
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum... saya ni lepasan SPM.. Menjadi seorang pakar psikiatri adalah matlamat saya.. cuma nya saya nak tanya.. untk mnjadi seorng psikiatri, diploma saya kena ambil medic then degree kena ambil psikologi ke? Ataupun sebalik nya.. mohon bantuan ye..
ambik degree for medic then smbung master dlm psikiatri klu tk silap, nk jdi pakar truskan phd
Padamboleh ke saya pelajar bukan aliran sains nak ambil jurusan psikologi dalam dip atau deg ?? Saya sangat berminat dengan psikologi :(
BalasPadamboleh xde masalah cuma awak jangan ambil jurusan psikologi yang bekaitan biologi sebagai contoh psikologi klinikal...awak boleh ambil psikologi sosial
PadamSalam, nak tanya kalau nak jd child psychiatrist kos apa yg perlu diambil semasa degree master dan phd?
BalasPadamApa peranan AJK masjid ataupun JKK kampung dalam isu psikologi ataupun mental???
BalasPadam