CINTA MONYET
Adakah anda sedang dilamun cinta? Atau tiba-tiba hadir perasaan luar biasa terhadap individu lain yang berlawanan jantina? Ini menunjukkan anda sedang angau sehingga menyebabkan anda tidak mampu mengawalnya. Awas! Jika ini melanda,
anda mungkin akan kecundang dalam pelajaran anda.
Namun, sekiranya anda mampu mengendalikannya dengan bijak maka ia akan menjadi pendorong untuk anda terus berjaya.
Pilihlah jalan yang terbaik untuk anda kerana hanya anda yang mampu mengubahnya.
Pernahkah anda mendengar istilah cinta monyet? Cinta ini lazimnya dialami oleh anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah. Oleh itu, anda berhak untuk tidak memberitahu kepada orang lain mengenai siapakah yang anda cintai. Ini kerana ia mungkin akan menjadi bahan senda gurau rakan-rakan anda. Sesetengah orang menyatakan bahawa cinta pertama itu adalah cinta monyet atau ‘puppy love’ . Apabila perasaan anda itu menjadi realiti dan kuat, maka ia bukan lagi seperti cinta monyet buat anda. Ia dikatakan cinta monyet kerana perasaan sebegini adalah sesuatu yang baru buat diri anda di mana anda masih muda dan tidak mempunyai banyak pengalaman mengenainya dalam sejarah hidup anda.
Adakah anda mangsa kepada perasaan cinta dan angau ini? Untuk memahami perasaan anda sebenar maka berikut disenaraikan tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang dilamun cinta mahupun angau terhadap individu lain:
· Anda berdua meminati bola sepak, mendengar muzik, dan ais krim strawberi dengan coklat chips.
· Dia mememiliki rambut yang menawan dan seorang yang sangat kelakar tetapi setiap kali anda melihatnya, anda terasa malu dan segan.
· Anda tidak mengenalinya tetapi anda rasa gemuruh setiap kali berjumpanya. Muka anda akan terasa panas dan pipi anda akan menjadi merah.
· Jikalau ada lelaki atau perempuan membuatkan anda terasa seperti di atas, anda akan kehairanan dan tertanya-tanya, “Apa yang berlaku ?” Rasanya anda telah jatuh cinta atau dilamun cinta.
Cinta dan angau merupakan fenomena yang biasa dialami terutamanya di kalangan individu yang sedang meningkat remaja. Cinta adalah satu perasaan yang tulus yang hadir dalam jiwa tanpa dipaksa dan diduga. Namun, insan yang bercinta lazimnya terdedah kepada sindrom angau. Tetapi angau pula mewujudkan satu keadaan yang negatif kepada individu yang mengalaminya. Ini adalah kerana, individu yang mengalami angau ini lazimnya tidak dapat melakukan tugas hariannya dengan sempurna kerana asyik terkenangkan insan yang dicintainya. Anda seolah-olah berada di dunia anda sendiri dan tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Yang paling parah sekali ialah apabila anda mengabaikan tugas anda sebagai seorang pelajar.
Adakah anda tahu apa itu cinta dan mengapa anda merasainya? Seperti juga tubuh badan kita yang mengalami pertumbuhan sehingga menjadi tua, begitulah juga dengan perasaan kita yang turut mengalami perubahan menjadi matang apabila kita meningkat remaja dan dewasa. Perkataan cinta (angau) menggambarkan satu perasaan yang istimewa terhadap seseorang misalnya kawan sekelas atau kawan yang anda betul-betul minati. Jatuh cinta kali pertama merupakan waktu yang terlampau berharga dan bermakna dalam hidup anda. Ini kerana anda berada pada peringkat awal untuk mengenali bagaimana rasanya apabila terlalu menyukai seseorang individu terutamanya yang berlainan jantina.
Cuba anda fikirkan apakah yang anda boleh lakukan jika anda dilamun cinta atau angau? Ini kerana perasaan yang timbul menyebabkan anda menjadi keliru. Tambahan pula, ia adalah sesuatu perkara baru kepada anda dan anda tidak yakin bagaimana untuk menangani situasi baru ini. Anda juga mungkin akan mengalami perasaan yang bercampur-aduk. Apabila anda mengalami perasaan angau, sebahagian daripada diri anda akan mempunyai rasa malu dan segan di mana anda seolah-olah mahu menjauhkan diri atau menyembunyikan diri anda daripada individu lain. Perasaan angau juga adalah menyerupai sebuah cinta yang romantik. Perasaan ini juga boleh membantu anda memikirkan tentang kebaikan seseorang yang hendak anda sayangi apabila anda meningkat dewasa kelak. Ia juga dapat membantu anda dalam memahami siapakah individu yang lebih berkualiti yang anda sukai?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan