Ahad, 1 Mei 2011
MURID-MURID SAYA....MASALAH PENDENGARAN
Inilah empat orang murid-murid saya di kelas masalah pendengaran Sek Keb Taman Pantai Sepang Putra, Sg Pelek, Sepang. Mereka terdiri daripada 3 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Walaupun mereka hanya terdiri daripada empat orang murid tetapi mereka mempunyai kemampuan mental dan fizikal yang berbeza-beza.....
APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA PAKAR PSIKOLOGI, PAKAR PSIKIATRI DAN PAKAR TERAPI ?
Tentu anda tertanya-tanya apakah yang dikatakan sebagai pakar psikologi
, pakar psikiatri dan pakar terapi? Sekiranya anda patah lengan, atau merasa sejuk yang teramat sangat dan seringkali kanak-kanak mahupun orang dewasa mempunyai masalah yang biasa yang berkaitan dengan tubuh badan secara fizikal seperti sakit tulang dan selsema. Anda pasti akan berjumpa dengan doktor bagi membantu dan mengubati penyakit anda. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan dengan psikologi dan emosi?
, pakar psikiatri dan pakar terapi? Sekiranya anda patah lengan, atau merasa sejuk yang teramat sangat dan seringkali kanak-kanak mahupun orang dewasa mempunyai masalah yang biasa yang berkaitan dengan tubuh badan secara fizikal seperti sakit tulang dan selsema. Anda pasti akan berjumpa dengan doktor bagi membantu dan mengubati penyakit anda. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda mengalami masalah yang berkaitan dengan psikologi dan emosi?
Tahukah anda apabila anda mempunyai masalah kegelisahan atau gangguan emosi dan perasaan serta tidak tahu cara bertindak maka anda perlu berjumpa dengan pakar psikologi, pakar psikiatri atau pakar terapi? Siapakah mereka ini? Adakah mereka berbeza di antara satu sama lain? Berikut dinyatakan peranan setiap pakar tersebut dalam menangani masalah anda:
- Pakar psikologi adalah individu yang terlatih dan berpendidikan untuk menjalankan kajian dan ujikaji psikologi serta terapi.
- Pakar psikiatri pula individu yang terlibat dalam cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis, rawatan dan pemulihan mental dan emosi.
- Pakar psikoterapi pula adalah individu yang menjalankan rawatan ke atas gangguan mental dan emosi dengan menggunakan reka bentuk teknik psikologikal untuk menggalakkan komunikasi konflik dan pemahaman masalah, meredakan jiwa terhadap simptom-simptomnya , mengubah tingkah laku untuk meningkatkan kefungsian sosial dan vokasional serta perkembangan personaliti.
Bagaimana anda boleh mendapatkan bantuan mereka? Mereka akan pergi ke sekolah untuk memberi latihan istimewa tentang cara-cara seseorang kanak-kanak berfikir dan mengetahui bagaimana untuk menolong kanak-kanak mempunyai perasaan yang lebih baik. Bagaimana pakar-pakar ini memberikan perkhidmatan mereka? Aspek-aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:
- Bagaimana kanak-kanak berfikir
- Bagaimana kanak-kanak membesar
- Dan bagaimana kanak-kanak melihat dunia mereka
Pakar-pakar ini mahir dalam membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Mereka menjalankan tugas dengan memberi keutamaan berkomunikasi dengan anda dan membantu anda menghadapi sebarang masalah yang berlaku sama ada di rumah mahupun di sekolah. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menemui mereka sekiranya mereka datang mendapatkan anda!
Mengapakah anda memerlukan bantuan pakar-pakar dalam psikologi, psikiatri atau terapi ini? Berikut disenaraikan beberapa individu yang menjadi keutamaan:
- Mengalami kesedihan (depression)
- Mengalami gangguan mental
- Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif.
- Menghadapi masalah kemurungan
- Mengalami gangguan keresahan/kerisauan
- Mengalami serangan panik
- Berhadapan dengan gangguan fobia
Adakah anda mengalami gangguan-gangguan seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda salah seorang mangsanya, segeralah menemui pakar psikologi, psikiatri atau terapi bagi mendapatkan bantuan. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda. Jangan biarkan ianya bertambah parah sehingga sukar menerima rawatan dan pemulihan. Ingat! Masa depan anda berada di dalam genggaman anda. Tambahan pula, insan-insan tersayang anda seperti ibubapa, keluarga, guru-guru dan masyarakat sekeliling masih mengharapkan khidmat anda di masa hadapan.
SAYANGI DIRI KENALI TUBUH BADAN ANDA......
Adakah anda menyayangi tubuh badan anda? Adakah anda benar-benar memahami tentangnya? Bagaimana anda memeliharanya agar sentiasa sihat dan bertenaga? Untuk itu, kita akan sama-sama memahami tentang tubuh badan kita supaya kita tahu bagaimana untuk memeliharanya supaya sentiasa sihat dan aktif.


Tambahan pula di peringkat remaja, kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang jauh berbeza daripada keadaan asalnya.
Menurut Tanner (1966), perubahan yang berlaku pada diri remaja merangkumi perubahan dari segi fizikal, psikologikal, sosial dan kognitif. Kematangan tubuh badan akan menjadi lebih cepat iaitu apabila mencapai purata peringkat umur 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki. Pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan kanak-kanak adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan tentang aspek-aspek ini. Ianya sangat membantu guru dan ibu bapa untuk merancang dan membimbing mereka. Hasil kajian mengenai pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia adalah bermatlamat untuk:
- Menghuraikan atau memberi gambaran mengenai perubahan tersebut.
- Mencari sebab dan punca perubahan tersebut
- Meramalkan kejadian perubahan tersebut
- Mengubahsuai sesuatu perubahan supaya ia tidak mendatangkan masalah
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan kanak-kanak akan berasa kecewa dan hampa apabila mereka tidak mengalami pertumbuhan yang pantas berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka. Ini boleh merunsingkan hidup mereka. Bagi meredakan keadaan ini, mereka perlu didedahkan bahawa proses akil baligh tidak berlaku pada masa yang sama bagi setiap kanak-kanak. Malahan, tidak ada satu latihan yang khusus pun yang dapat membantu menangani masalah ini. Oleh itu, kanak-kanak lelaki perlu mengetahui bahawa mereka akan mengalami pertumbuhan otot-otot besar apabila mencapai peringkat dewasa. Manakala, bagi kanak-kanak perempuan pula mereka akan mengalami pembesaran buah dada sekiranya sudah melalui proses kitaran haid.
Pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia mempunyai arah. Secara umumnya terdapat dua arah iaitu cephalocaudal dan proximodistal. Kedua-dua perkataan ini berasal daripada perkataan Latin. Cephalocaudal bermaksud dari kepala ke ekor. Oleh itu, arah perkembangan kematangan tubuh badan adalah daripada kepala ke bawah bahagian tulang belakang. Jika anda teliti, berat, bilangan sel dan fungsi otak bayi yang baru dilahirkan menghampiri 80% otak orang dewasa. Akan tetapi tulang belakangnya masih belum matang dan tidak mampu menyokong bayi itu duduk. Oleh itu, kematangan itu bermula dari bahagian kepala dan beransur-ansur ke bawah ke bahagian bawah tulang belakang.
Manakala proximodistal pula adalah untuk anggota tangan dan kaki. Bahagian yang menghampiri tulang belakang akan matang terlebih dahulu. Kematangan iniberansur-ansur berlaku hingga ke hujung kaki dan tangan. Contohnya, seorang bayi boleh menggerakkan tangannya kea rah ibunya tetapi masih belum mampu untuk memegang pensel dengan baik. Secara kasarnya, pengkaji telah membahagikan perkembangan manusia kepada tujuh fasa yang utama. Walau bagaimanapun, peringkat yang berbeza akan kita temui jika aspek yang dikaji itu berbeza. Tujuh aspek perkembangan tersebut adalah:
· Peringkat semasa kandungan
· Peringkat bayi merah (neonate) atau 10 hingga 14 hari selepas dilahirkan
· Peringkat bayi iaitu 2 tahun pertama atau sebelum menguasai bahasa
· Peringkat kanak-kanak hingga akil baligh
· Peringkat remaja (selepas akil baligh) hingga belia
· Peringkat belia dan dewasa
· Peringkat tua
Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara menyeluruh. Lazimnya ia berlaku daripada pergerakan kasar kepada pergerakan yang halus. Seorang bayi akan menggerakkan semua anggota badannya untuk mencapai sesuatu tetapi orang dewasa hanya perlu menggerakkan tangannya sahaja. Pencapaian daripada pergerakan kasar kepada halus memerlukan kematangan dan latihan. Contohnya, sekiranya kita tidak biasa menggunakan mikroskop, kita akan menggunakan semua anggota badan untuk melakukan aktiviti dengannya. Tetapi sekiranya kita sudah biasa maka kita hanya akan menggerakkan anggota badan yang diperlukan sahaja. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa pergerakan daripada pergerakan kasar kepada halus memerlukan dua proses iaitu pembezaan dan penyatuan. Perkara yang kita tahu tentang mikroskop merupakan pembezaan. Setelah pembezaan ini selesai, maka proses penyatuan berlaku iaitu kita tahu secara menyeluruh tentang apa yang berlaku apabila kita memegang mikroskop.
SUDAHKAH ANDA MENYIAPKAN KERJA RUMAH....?
Sudahkah anda menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru anda? Atau anda malas untuk menyiapkannya? Jangan bersikap demikian kerana kerja rumah dapat membantu anda mengukuhkan pemahaman anda dalam sesuatu perkara. Namun demikian, keadaan persekitaran amat penting semasa menyelesaikan kerja rumah. Berikut diberikan tips-tips yang boleh diikuti ketika anda membuat kerja rumah anda:
- Suasana yang agak sunyi agar anda dapat menumpukan perhatian pada kerja rumah.
- Tutup televisyen atau apa-apa yang menggangu konsentrasi anda.
- Peruntukan masa yang mencukupi dalam menyelesaikan kerja rumah.
Dalam satu kajian, pengukuran tentang keibubapaan diukur berdasarkan kepada pencapaian dan penglibatan dalam kerja rumah anak-anak. Ia melibatkan kerjasama yang diperolehi daripada kedua-dua pihak iaitu kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Oleh itu, adalah penting untuk ibubapa bersama-sama membantu anak-anak mereka dalam menyiapkan kerja rumah mereka. Tahukah anda bagaimana anda hendak menyiapkan kerja rumah anda? Siapa yang dapat membantu anda? Berikut disenaraikan individu-individu yang dapat membantu anda sekiranya menghadapi sebarang masalah ketika menyiapkan kerja rumah anda:
- Kaunselor
- Dapat memberi khidmat nasihat kepada anda berkaitan dengan masalah persekolahan anda.
- Jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan kerja sekolah anda berbincanglah dengan orang yang anda boleh percayai seperti kaunselor anda.
- Mereka akan memberikan nasihat yang berguna sebagai panduan anda.
- Ibubapa
- Dapat memberi pendapat dan pandangan mengenai kesulitan dalam menyiapkan kerja rumah.
- Guru
- Dapat memberi nasihat dan idea serta memberi tips yang berguna kepada anda ketika menjawab soalan.
- Dapat memberi nasihat secara terperinci untuk anda menyelesaikan masalah anda.
- Dapat memberikan tips belajar yang berkesan.
- Tutor persendirian dan guru-guru tuisyen
- Tutor persendirian dan guru-guru tuisyen adalah seorang pengajar yang dibayar gaji mengikut jam yang diperuntukan untuk mengajar anda selepas waktu persekolahan.
- Maklumat dari internet
- Sekiranya permasalahan yang dikemukakan tidak terdapat dalam buku-buku rujukan anda dan menambah maklumat yang sedia ada.
- Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan internet untuk melawat laman web yang menyediakan khidmat nasihat dan panduan berkenaan kerja rumah. Di dalam laman web tersebut terdapat banyak maklumat dan panduan dalam menyelesaikan kerja rumah.
- Tetapi anda tidak dibenarkan meniru maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut. Jadi berbincanglah dengan guru anda bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada internet.
Walau bagaimanapun, pemikiran guru dan ibu bapa perlu dianjakkan daripada terlalu mementingkan hanya satu aspek dalam diri murid-murid iaitu pencapaian akademik semata-mata. Tetapi perlulah juga melihat kepada keperluan pengembangan potensi yang lain dalam diri murid-murid seperti pembangunan emosi dan sahsiah menerusi pengembangan minat serta bakat yang ada seperti aspek sukan dan permainan. Contohnya permainan badminton dan bola sepak.
Sehubungan dengan itu, guru dan ibu bapa dapat mengambil kira aspek pendidikan menyeluruh dalam jadual kehidupan murid-murid dan anak mereka. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melihat pencapaian yang cemerlang murid-murid dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Pada masa yang sama, ibu bapa dan guru-guru seharusnya mengisi masa yang sepatutnya diluangkan untuk mengembangkan potensi lain dalam diri murid-murid seperti mengikuti kelas-kelas latihan jasmani, bersukan dan sebagainya.
Meskipun begitu, kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru perlulah disiapkan untuk menguji sejauhmana pemahaman anda terhadap apa yang telah anda pelajari. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja rumah anda, ini bermakna anda masih tidak faham terhadap apa yang telah anda pelajari. Berbincanglah dengan guru anda untuk meningkatkan kefahaman anda.
BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI MASALAH KELUARGA.....
Adakah anda mampu mengharunginya sekiranya saban hari telinga anda mendengar, “Awak yang bersalah!” atau“Tolong senyap”atau “Hentikan semua ini!” atau “Saya benci kamu!” Apabila ahli keluarga anda
sedang berbalah, adalah sukar untuk menggambarkan apakah yang harus dilakukan. Anda kemungkinan merasa sedih, malu dan mungkin juga marah apabila situasi ini berlaku dalam di dalam keluarga anda. Apa jua perasaan yang timbul pada diri anda, anda harus memikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terus berlaku.
sedang berbalah, adalah sukar untuk menggambarkan apakah yang harus dilakukan. Anda kemungkinan merasa sedih, malu dan mungkin juga marah apabila situasi ini berlaku dalam di dalam keluarga anda. Apa jua perasaan yang timbul pada diri anda, anda harus memikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terus berlaku.
Sesetengah individu berasa malu dengan peristiwa yang menimpa keluarga mereka dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan kawan-kawan mereka. Masalah yang dihadapi oleh individu biasanya bersandar kepada masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa pandai menguruskan masalah yang mereka hadapi dan tidak melimpah sehingga membanjiri anak-anak maka anak-anak akan selamat. Jika adapun amat sedikit kesannya kepada anak-anak. Apakah masalah yang sering dialami dalam keluarga? Berikut disenaraikan antara contoh-contoh masalah tersebut:
- Perbalahan di antara ahli keluarga
- Konflik di antara ibu dan bapa
- Ketidaksefahaman antara ibubapa dengan anak
- Perceraian
- Pengabaian tugas ibu bapa
- Kekacauan dalam keluarga
- Perebutan hak penjagaan anak
- Penganiyaan dan penderaan
- Kewangan dan bajet
- Perangai anak-anak
- Tidak cukup masa bersama keluarga
- Kurang perkongsian tanggungjawab dalam keluarga
- Komunikasi bersama anak-anak
Keadaan adalah sukar apabila ahli keluarga atau keluarga tiri sedang berbalah. Walaupun saling sayang menyayangi di dalam sesebuah keluarga tersebut namun, kadang-kala perbalahan boleh tercetus juga. Oleh sebab ayah serta ibu dibelenggu kemarahan ini tidak bermakna mereka akan terus berada dalam kemarahan yang berpanjangan ataupun mereka akan berpisah disebabkan perbalahan tersebut. Perbalahan adalah suatu perkara yang lumrah berlaku kepada mereka yang tinggal bersama dan meluangkan masa yang banyak apabila bersama, oleh itu, adalah tidak hairan kadang-kala berlaku tiadanya kesepakatan dalam membuat keputusan yang terbaik dan akhirnya menyebabkan hilang kesabaran pada mana-mana belah pihak.
Ingat kembali pada masa lampau bagaimana pergaduhan anda di antara abang atau kakak anda?. Anda tidak bermaksudkan apa jua perkataan yang telah anda lemparkan kepada mereka. Akhirnya anda berkemungkinan anda menyerah kalah. Situasi yang sama juga berlaku apabila terdapat perbalahan di dalam keluarga anda yang melibatkan ayah dan ibu anda. Sekiranya anda benar-benar sedih dengan perbalahan yang wujud, anda seharusnya cuba untuk berbincang bersama- sama mereka tentang perasaan anda terhadap perkara tersebut. Ayah dan ibu ada kalanya tidak menyedari perbalahan yang berlaku membuatkan anak-anak merasa sedih, sekiraanya anda berterus terang dengan menyatakan anda takut untuk berhadapan dengan semua yang berlaku, kemungkinan mereka akan menamatkan perbalahan atau sekurang-kurangnya menjelaskan kepada anda punca terjadi perbalahan tersebut.
Adakah adik anda sering mengambil barang-barang anda?. Adakah abang anda sering mengusik anda?. Sekiranya anda sering bergaduh dengan adik atau abang anda dan sering bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada keluarga, keadaan ini dikatakan sebagai persaingan di antara adik-beradik. Ini merupakan perkara semulajadi di mana untuk mendapatka perhatian di antara adik-beradik. Sekiranya anda merasakan tidak senang dengan ganguan daripada adik-beradik anda, anda seharusnya cuba untuk berbincang dengan mereka apa yang sedang berlaku. Selain daripada itu, hubungan yang baik di antara anak-anak dengan ibu bapa biasanya termusnah apabila berlakunya perceraian dan menyebabkan mereka renggang dengan ibu atau bapa. Oleh itu, ibu atau bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan memberikan penjelasan bahawa hubungan mereka dengan anak-anak akan berterusan sampai bila-bila.
Selepas berlakunya penceraian, satu lagi masalah yang rumit akan timbul. Masalah ini berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak. Masalah ini juga berkait rapat dengan masalah ekonomi keluarga dan perasaan pasangan. Kebiasaannya hak penjagaan anak ini diberikan kepada ibu kerana biasanya mereka lebih rapat dengan anak. Namun begitu, semenjak kebelakangan ini, kaum bapa juga bangkit untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Akibatnya, berlakulah pertelingkahan dan perbalahan yang hebat antara kedua-dua pihak. Selain itu, kesan daripada perceraian tersebut juga menyebabkan ibu bapa mengabaikan tugas dan peranan terhadap anak-anak mereka.
KONFLIK REMAJA DAN LARI DARI RUMAH.....?
. Pernahkah anda terfikir untuk melarikan diri? Kemungkinan anda menyimpan segala kelengkapan anda di dalam beg untuk dibawa pergi dari rumah anda atau mungkin anda hanya bertapak di sekitar rumah rakan-rakan anda. Namun, setelah beberapa ketika, anda terlupa mengapa anda melarikan diri dari rumah, melihatkan keadaan sekeliling yang gelap anda mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah.
Diharapkan, perkara tersebut merupakan tindakan terakhir yang anda lakukan iaitu dengan melarikan diri dari rumah. Terdapat perbezaan yang ketara antara berfikir untuk melarikan diri dari rumah dengan benar-benar berazam untuk melarikan diri rumah. Melarikan diri merupakan satu masalah yang serius. Individu melahirkan emosi dan perasaan tidak puas hati mereka melalui tindakan melarikan diri yang bertentangan dengan norma masyarakat. Tambahan pula, individu ini tidak melalui keseronokan bersama masyarakat dan bersosial serta sukar untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Bagaimanakah perasaan anda setelah mengalami perselisihan faham dengan keluarga?. Perasaan marah dan terguris hati berkenaan perselisihan tersebut boleh mendorong anda untuk melarikan diri dari rumah. Situasi yang sering berlaku kini ialah anak-anak mudah untuk melarikan diri dari rumah disebabkan masalah yang mula timbul dalam keluarga tersebut. Sesetengah anak-anak mengambil keputusan untuk keluar dari rumah apabila berlaku pertelingkahan yang dahsyat. Mereka tidak akan mudah mengambil keputusan sedemikian sekiranya tiada pertelingkahan yang berlaku.
Apabila kebahagiaan di dalam rumah sudah mula tidak kelihatan mereka akan membuat sesuatu yang mereka sendiri malu untuk lakukan, anak-anak berasa malu untuk memberitahu keluarga dengan tindakan mereka. Punca-punca anak-anak melarikan diri dari rumah antaranya adalah seperti berikut:-
- Berlaku penderaan .
- Penceraian yang berlaku dalam keluarga dan kehadiran keluarga tiri.
- Kematian yang berlaku terhadap ahli keluarga.
- Mendapat anak baru yang menyebabkan mereka merasakan diri tidak lagi akan disayangi apabila perhatian yang lebih diberikan kepada bayi baru.
- Masalah kewangan keluarga.
- Anak-anak atau ahli keluarga mengambil minuman keras dan dadah.
- Masalah di sekolah
- Desakan rakan sebaya.
- Kegagalan dalam pembelajaran dan dibuang dari meneruskan pengajian.
Terdapat perbezaan sebab yang ketara di antara remaja lelaki dan perempuan untuk melarikan diri dari rumah. Kajian menunjukkan bahawa remaja perempuan yang melarikan diri daripada rumah adalah disebabkan oleh kawalan yang berlebihan daripada ibubapa mereka. Manakala remaja lelaki melarikan diri daripada rumah adalah disebabkan untuk berdikari, mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Sebenarnya melarikan diri dari rumah dan meninggalkan rumah adalah dua perkara yang berbeza. Melarikan diri adalah bukan kemahuan diri tetapi disebabkan konflik dalam keluarga, terasa terasing dan tercabar serta bermasalah dalam perhubungan sosial. Meninggalkan rumah adalah dengan cara dorongan, bertanya dan mendesak untuk meninggalkan rumah.
Tekanan, kesusahan dan kegagalan dalam pembelajaran boleh menyebabkan remaja mengambil keputusan meninggalkan rumah. Ini berlaku terutamanya kepada remaja yang lemah mengikuti pelajaran, sukar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan ataupun rasa terkongkong dengan suasana persekolahan. Mereka mengambil keputusan untuk mencari kebebasan dan keseronokan di luar tanpa memikirkan permasalahan yang melanda mereka.
APA ITU FOBIA?
style="mso-spacerun: yes;"> Fobia sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketakutan, kecemasan dan kebimbangan. Ia merupakan ketakutan yang tidak munasabah terhadap objek tertentu, aktiviti atau situasi. Mereka yang mengalami fobia menghadapi kengerian terhadap sesuatu objek atau situasi tetapi mereka tidak menghadapi ketakutan apabila mereka menjauhkan diri daripada objek tersebut.
Apabila individu menghadapi sebarang ancaman yang serius yang boleh menggugat kebahagiaan, ia akan mengalami situasi kecemasan iaitu kebimbangan. Ketakutan pula menyediakan seseorang untuk melawan ketakutan yang ada dalam dirinya. Manakala bagi individu yang mengalami panik pula, mereka mempunyai serangan yang berulang-ulang. Kesemua keadaan ini adalah dikatakan sebagai fobia. Apakah tanda-tanda seseorang itu diserang Fobia? Di antara tanda-tanda serangan fobia adalah seperti berikut:
· Pernafasan menjadi cepat
· Keregangan otot dan berpeluh
· Mempunyai ketakutan terhadap objek, aktiviti dan situasi tertentu
· Serangan yang berulang-ulang
· Tekanan selepas berlakunya seseuatu perkara yang menyebabkan trauma seperti dirogol, pembunuhan dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa fobia merupakan nama khayalan bagi ketakutan. Tetapi fobia bukan hanya tergolong dalam beberapa ketakutan. Ia merupakan perkara biasa kepada kanak-kanak yang menyebabkan mereka takut kepada sesuatu. Sebagai contoh, mengambil ujian yang sukar di sekolah, melepasi anjing yang menyalak pada suatu lorong, mendengar petir dan kilat. Fobia berbeza kerana ia merupakan suatu ketakutan yang melampau pada sesuatu keadaan atau perkara. kanak-kanak yang mengalami fobia akan menjadi takut kepada sesuatu perkara setiap waktu kerana pengalaman yang lepas dapat mengajarnya. Kanak-kanak yang mengalami fobia akan keluar dengan cara mereka untuk mengelakkan daripada situasi atau perkara yang menakutkan mereka. I
Pernahkah anda mengalami situasi ini? Individu terutamanya remaja dan kanak-kanak tidak lari dari menghadapi perasaan yang mencemaskan dan membimbangkan. Apabila perkara tersebut berlaku maka degupan jantung akan menjadi pantas, badan berpeluh dan sesak nafas. Di antara situasi yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah seperti guru anda ingin mengadakan ujian mengejut ke atas anda. Pada ketika itu pula anda tidak membuat sebarang persediaan. Bagaimana perasaan anda ketika itu? Anda pasti berasa cemas dan bimbang!
Contoh permasalahan yang boleh dilihat adalah seperti seorang kanak-kanak yang menggunakan anak tangga untuk naik ke atas.. Dia mengalami fobia di tempat yang tertutup dan menyebabkan dia takut untuk menaiki lif. Kadang-kadang, apabila kanak-kanak fobia mereka tidak dapat melupai apa yang menyebabkan mereka menjadi takut. Dia berkemungkinan akan gelisah dan panik. Ini menyebabkan dia berasa lebih bimbang dan sedih.
Apabila kanak-kanak mengalami fobia dan mereka tidak dapat melupai perkara yang menyebabkan mereka berasa takut. Dia mungkin mempunyai serangan panik.Serangan panik menyeramkan dan boleh menjadikan seseorang terkejut, berpeluh, dan bernafas dengan pantas. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai serangan panik dan menyebabkan mereka sakit dada, rasa pening, atau rasa seperti jantung mereka berdengup dengan laju dan mereka akan tersesak nafas. Serangan panik boleh menyebabkan kanak-kanak berfikir sesuatu yang hebat apa yang terjadi, ini tidak boleh terlepas atau mereka mungkin menyebabkan hilang kawalan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami serangan panik berkata apabila serangan panik berlaku, mereka rasa seperti mereka tidak boleh berfikir dengan waras atau mereka seperti orang hilang akal..
Langgan:
Catatan (Atom)